Latar Belakang

 

 

 

PKKP tumpuPusat Keusahawanan dan Kebolehpasaran Pelajar (PKKP), UniSZA ditubuhkan pada 1 Januari 2011 yang dipertanggungjawabkan untuk mengurus selia perlaksanaan pembudayaan keusahawanan, perkembangan dan pengukuhan keusahawanan, mewujudkan mekanisme pengukuran, membantu menyediakan persekitaran dan ekosistem keusahawanan serta meningkatkan kompetensi tenaga pengajar keusahawanan. Pusat Keusahawanan dan Kebolehpasaran Pelajar juga dipertanggungjawabkan untuk menguruskan pentadbiran Taman Usahawan Muda Pelajar UniSZA (TUMPU). Pusat Keusahawanan beroperasi sepenuhnya di bawah Pejabat Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni).

Pusat Keusahawanan dan Kebolehpasaran Pelajar buat masa ini beroperasi dengan diketuai oleh seorang Pengarah, seorang Timbalan Pengarah, seorang Penolong Pendaftar, seorang Penolong Pegawai Tadbir, dan empat orang Pembantu Tadbir yang menguruskan hal ehwal pentadbiran pusat. Pusat Keusahawanan dan Kebolehpasaran Pelajar diuruskan mengikut carta alir dan peraturan organisasi yang telah ditetapkan. PKKP terletak di pintu belakang pagar UniSZA dan bangunan PKKP juga terdiri daripada kedai dan kiosk-kios jualan, sesuai dengan teras PKKP yang berasaskan keusahawanan.

Print Email